Monday, 17 August 2015

Penginapan

Antara penginapan yang ada di Pualau Rawa
http://www.rawaislandresort.com/rawasfr/index.html

Travel Tips

Rancang perjalanan anda dengan baik

Panduan Perjalanan

Dari Bandaraya Johor Bahru, ikut jalan utama Johor Bahru-Kota Tinggi dan teruskan perjalanan melalui jalan utama Kota Tinggi-Mersing (Lebuh Raya 3). Dari Lebuh Raya Utara-Selatan, keluar di persimpangan Ayer Hitam (Pertukaran 244) dan pandu terus ke Kluang dan teruskan perjalanan menggunakan jalan utama Kluang-Jemaluang (Lebuh Raya 50). Selepas melalui Pekan Jemaluang, teruskan perjalanan di jalan utama Kota Tinggi-Mersing, menuju ke arah Mersing. Cari papan tanda yang akan membawa anda ke Jeti Mersing.

Untuk maklumat lanjut dan tawaran istimewa percutian anda.

Info Pulau Rawa


Pulau Rawa merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di Laut China Selatan di pesisiran laut JohorMalaysia. Pulau Rawa yang bersaiz kecil terletak kira-kira 16 kilometer diluar pesisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain iaitu Pulau BesarPulau Sibu dan Pulau Tinggi.

Pengunjung yang mahu menuju ke Pulau Rawa haruslah menaiki perkhidmatan bot laju dari jeti Mersing sebelum sampai ke pulau.

Pulau Rawa mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap kelaut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menarik lumpur dari pasir pantainya.

Pulau Rawa yang dimiliki oleh keluarga Sultan Johor ini mempunyai dua buah resort peranginan yang mampu menyediakan fasiliti penginapan kepada pengunjung iaitu Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil Alang’s Rawa.